“Tiada kos tersembunyi” – Individu Promosi Pakej Nikah Di Thailand, Siap Bawa Ronda-ronda Lagi

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tiada kos tersembunyi” – Individu Promosi Pakej Nikah Di Thailand, Siap Bawa Ronda-ronda Lagi

Rasanya ramai dah tahu tentang perkahwinan di Thailand yang mana ada sesetengah pasangan dari Malaysia senyap-senyap kahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Sedangkan pernikahan itu tidak diiktiraf di negara kita selagi ia tidak berdaftar dengan jabatan agama.

Baru-baru ini tular di TikTok video seorang lelaki yang mempromosikan pakej nikah di Thailand all-in tanpa kos tersembunyi. Dia juga merupakan ejen perkhidmatan itu sejak tahun 2008.


Bawa jalan-jalan petang lepas nikah waktu pagi

Dalam video tersebut, dia pada ketika itu sedang membawa empat pasangan pengantin berjalan-jalan di sekitar Songhkla setelah bernikah pada pagi hari itu. Aktiviti ronda-ronda di tempat yang dinamakan halal street food merupakan salah satu aktiviti yang ada dalam pakej yang ditawarkan

Kemudian, dia membawa para penonton video melawat sekitar pasar makanan itu dan mempromosi makanan halal yang ada Thailand.

Artikel berkaitan: Gara-gara Bapa Nikah Sembunyi Di Thailand, Anak Jadi Mangsa Terkahwin Dengan Abang Sendiri

Artikel berkaitan: Alif Teega Didakwa Nikah Isteri Baharu Di Thailand, 4 Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?

Harga tak sampai RM3000?

Di kapsyen video, lelaki itu menulis detail mengenai pakej yang hanya berharga RM2500. Bayaran itu termasuk kereta yang akan mengambil bakal pengantin dari Sungai Petani sehinggalah di sempadan.

Selain itu, tol dan minyak, bayaran di majlis agama Islam, penginapan satu malam di hotel, makan tiga kali sehari, bayaran di konsulat, gambar dan video juga termasuk dalam pakej RM2500 itu. Hanya mas kahwin sahaja yang perlu disediakan oleh pasangan pengantin.

Jurunikah dan saksi juga adalah orang yang bertauliah namun, ada syarat lain yang perlu dipatuhi seperti wanita berstatus janda perlu membawa surat cerai dan mesti melepasi tempoh iddah. Bagi wanita berstatus balu perlu membawa surat kematian suami dan juga melepasi tempoh iddah.

Wanita yang masih bujang hanya perlu membawa pasport dan kad pengenalan sahaja dan semua dokumen adalah sah serta boleh digunakan untuk pendaftaran di Malaysia.

Artikel berkaitan: MAIS Tidak Iktiraf Pakej Pernikahan Di Thailand

Deposit RM500, perlu tetap tarikh

Dia juga memberitahu deposit untuk menggunakan pakej tersebut adalah sebanyak RM500 dan tarikh pernikahan perlu ditetapkan terlebih dahulu. Jika tarikh bertukar, deposit itu tidak akan burn dan tempahan hanya boleh dibuat seminggu sebelum berangkat ke Thailand.

Bagi pernikahan yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, ada sedikit caj tambahan akan dikenakan. Pakej ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja dan mereka perlu membawa pasport dan kad pengenalan bagi urusan pernikahan di negara itu.

Menyingkap di ruangan komen, video ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Nikah 1 Nikah 2 Nikah 3

Sumber: TikTok, Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tiada kos tersembunyi” – Individu Promosi Pakej Nikah Di Thailand, Siap Bawa Ronda-ronda Lagi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tiada-kos-tersembunyi-individu-promosi-pakej-nikah-di-thailand-siap-bawa-ronda-ronda-lagi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM