Pandemik Covid-19 masih belum berakhir di dunia ini. Setiap hari masih ramai yang disahkan positif Covid-19.
Terkini Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan baginda telah disahkan positif Covid-19. Walaupun telah disahkan positif beberapa minggu lalu, TMJ kini pulih dari virus pembawa maut itu.
Menerusi hantaran di Instagram Story @hrhcrownprinceofjohor, TMJ mendedahkan telah dijangkiti Covid-19.
Buat masa ini, TMJ sudah pulih. Namun baginda kini perlu banyak berehat dari melakukan aktiviti fizikal dan aktiviti-aktiviti berat.
Walaupun telah pulih daripada Covid-19, TMJ kini tampil lebih bersemangat.
https://www.instagram.com/p/CVU-WMNJ-JM/
Kami di Lobak Merah mendoakan TMJ sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dalam hari-hari yang mendatang.
Baca: TMJ Nak Jumpa Pengarah Pendidikan Johor & 779 Guru Didakwa Enggan Ambil Vaksin