Baru-baru ini, kerajaan negeri Johor melaporkan seramai 779 guru di sana dikatakan enggan menerima vaksin Covid-19.
Selain itu, terdapat juga 12 guru yang masih belum mendaftar dan dua orang yang belum mengemaskini data mereka.
Menurut Malay Mail, perkara ini didedahkan sendiri Pengerusi Pendidikan, Maklumat, Warisan, dan Budaya Johor Mazlan Bujang ketika menjawab soalan mengenai kadar vaksinasi guru di negeri Johor, semalam.
Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin ini untuk diberikan taklimat supaya mereka faham kepentingan vaksin lebih-lebih lagi selepas sesi persekolahan dijangka akan dibuka Oktober nanti.”
Pun begitu, Mazlan turut memberitahu sehingga 19 Ogos, seramai 45,448 guru telah pun menerima dos pertama vaksin dan seramai 23,746 guru di negeri Johor telah lengkap menerima dua dos vaksin.
Ekoran pendedahan ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitter rasminya mengatakan yang baginda sendiri akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan 779 guru yang didakwa enggan menerima vaksin.
Baginda turut bertitah yang keutamaannya ketika ini adalah untuk mengatasi pandemik secepat mungkin supaya negeri Johor dan rakyat boleh menjalankan kehidupan seperti biasa.
Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. https://t.co/gOe15L6RKQ
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 22, 2021
Harapnya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan guru-guru ini dapat kesedaran akan kepentingan vaksin.
Baca: Muar Daerah Pertama Sediakan Pusat Vaksin Bergerak di Johor, 200 Individu Divaksin Setiap Hari