in

“Thank you have a nice day”- Ucapan Gadis Ini Buat Pekerja Bangladesh Menangis!

Fi Tq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, dengan hanya ucapan terima kasih je dapat buat seseorang bahagia. Contohnya, kalau kita nampak ada pekerja yang kutipkan sampah kita dekat rumah, apa salahnya kan ucap terima kasih pada mereka?


Kadang-kadang, ada perkara yang kita anggap kecil dan tiada apa tu lah yang boleh buatkan seseorang itu rasa bahagia dan dihargai.

Jadi, bila bercakap tentang topik ucap terima kasih ini, satu perkongsian daripada seorang gadis melalui akaun peribadinya di laman Twitter telah membuatkan banyak mata terbuka.

Melalui perkongsian ini, dikatakan gadis bernama @amieliareesa ini bersama ayahnya di stesen minyak untuk menunggu sementara minyak kereta diisi. Setelah selesai, dia mengucapkan “thank you, have a nice day” kepada pekerja bangladesh yang membantu mereka isi minyak tersebut. Tanpa dia sangka, pekerja tersebut menangis selepas menerima ucapannya itu!

“You orang pertama cakap thank you”- kata pekerja tersebut setelah ditanya kenapa dia menangis.

Di ruangan komen, ramai juga yang berkongsikan pengalaman yang sama serta mengatakan amalan berbuat baik dan berterima kasih antara sesama manusia tanpa mengira siapa adalah sangat baik.

Komen Tq

Jika kita lihat, sebenarnya budaya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang bekerja atau membantu kita dalam apa jua keadaan, walau sekecil-kecil perkara adalah sangat baik.

Kita tak tau apa yang dialami seseorang itu, jadi mungkin dengan ucapan kita itu dapat menceriakan hari dia kan? Hilang sikit rasa penat bekerja tu. Dia happy, kita pun happy!

Baca: Masak sendiri kat rumah la bang-Lelaki Ugut Nak Tikam Pekerja Restoran Sebab Tak Dihidang Fries

Baca Tq

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.