in

Tertinggi di Dunia! India Catat Kes Harian COVID-19 Lebih 314,000

Ft Indiacovid E1619917694741

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, India telah merekodkan kes harian tertinggi di dunia dengan jumlah 314,835 kes baru, lapor NST. Data Kementerian Kesihatan negara itu turut menunjukkan 2,074 kematian sekaligus menjadikan jumlah mangsa meninggal dunia akibat Covid-19 kepada hampir 185,000.


Hospital swasta dan kerajaan di New Delhi telah mengeluarkan amaran angka kematian bakal meningkat dalam masa terdekat. Ini berikutan kebanyakan hospital di bandar raya itu menghadapi masalah kekurangan bekalan tabung oksigen.

India3

India4

Justeru itu, pihak kedua-dua hospital kini sedang mendesak agar kerajaan pusat membekalkan tabung oksigen dalam kadar segera bagi membolehkan ratusan penyakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan, dapat dirawat.

Semalam, 22 pesakit dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di barat India selepas berlaku kebocoran oksigen menyebabkan hanya separuh daripada 60 alat bantuan pernafasan dapat digunakan.

Difahamkan, sebanyak 700 tan oksigen diperlukan setiap hari bagi merawat pesakit-pesakit Covid-19 dan setakat semalam, hanya 500 tan oksigen dihantar ke Delhi.

India2

Negeri di seluruh India dilaporkan terpaksa mengenakan perintah sekatan termasuk Delhi yang mengarahkan agar kedai bukan barang keperluan ditutup di Maharashtra. Sementara itu, Utta Pradesh pula melaksanakan sekatan pada setiap hujung minggu.

Amerika Syarikat dilaporkan telah mengeluarkan nasihat larangan ke India termasuk mereka yang sudah mendapat suntikan vaksin penuh. Britain pula meletakkan India dalam senarai merah (untuk dilawati).

Baca: “Malaysia Mungkin Berhadapan Dengan 50,000 Kes Aktif Menjelang Hari Raya” – Pakar

Collage 43

Sumber: Reuters
Sumber: Yahoo!
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.