Tengok dengan keadaan kes positif yang tak menunjukkan penurunan positif ini, ramai orang terutamanya yang duduk di Lembah Klang tertanya-tanya bila agaknya boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ni?
Menurut Malay Mail, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata semalam, ada kemungkinan kawasan Lembah Klang akan beralih ke Fasa 2 PPN tak lama lagi.
Katanya, kemungkinan ini boleh berlaku sekiranya kadar vaksinasi di Lembah Klang dah mencecah ke 89.5%, angka yang sangat hampir dengan imuniti kelompok yang diperlukan.
Bila dah ada Kabinet, kami akan adakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Penyediaan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang akan dipengerusikan oleh saya.
“Jika dah 89.5%, mungkin kita boleh beralih ke fasa seterusnya kerana kalau diikutkan ia dah melebihi sasaran imuniti kelompok di mana ia menghampiri 90%.”
Tambah Ismail Sabri lagi, pihaknya akan membincangkan perkara ini dan mungkin negeri-negeri lain juga boleh beralih ke fasa seterusnya.
Jadi, tunggu pengumuman.”
Sebelum ini, bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan angka harian Covid-19 perlu turun bawah 4,000 kes sehari dan penggunaan katil di ICU perlu ditahap sederhana dan sekurang-kurangnya 10% populasi telah menerima vaksin lengkap jika mahu beralih ke fasa seterusnya.
Baca: Selangor Catat Penurunan 35% Penggunaan Katil Pesakit Covid-19 – JKN Selangor