in

“Malaysia Mungkin Berhadapan Dengan 50,000 Kes Aktif Menjelang Hari Raya” – Pakar

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, dah seminggu berturut-turut kes positif harian Covid-19 di Malaysia melebihi angka 2,000. Ekoran ini, pakar berpendapat acara sosial perlu dihentikan bagi mengurangkan kluster komuniti.

Pakar Epidemiologi, Dr Malina Osman mengatakan, aktiviti yang memerlukan orang untuk buka pelitup muka dan makan bersama di tempat awam perlu ditangguhkan, ini termasuk jamuan berbuka puasa, pergi ke taman rekreasi atau pun bersukan di gym.


Memetik laporan dari NST, Malina mengatakan jika trend jangkitan berterusan seperti sekarang, jumlah kes aktif boleh mencecah sehingga lebih 50,000 menjelang hari raya pada pertengahan Mei.

Macam yang saya lihat, jika kita nak melawat saudara mara semasa Hari Raya, kita perlu kawal pergerakan sendiri.”

Tambahnya lagi, jika kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri sebelum Hari Raya Aidiladha pada bulan Julai, ia akan menyebabkan malapetaka kepada sistem penjagaan kesihatan sekarang yang kini sedang bergelut dengan kes harian yang dah meningkat ke angka lebih 2,000 kes sejak 15 April lalu.

Buka Puasa

Katanya lagi, tempat yang menyediakan makanan di tempat terbuka perlu menyediakan makanan secara bungkus dan majikan perlu pantau pekerja supaya pantri dan kafe tidak dijadikan tempat untuk berkumpul.

Majikan tak boleh biarkan kawasan-kawasan ini menjadi sesak. Orang perlu makan dan tinggalkan tempat tersebut tanpa berlama-lama. Begitu juga di sekolah.”

Tak cukup dengan itu, Malina mengatakan jamuan berbuka puasa yang memerlukan orang untuk berkumpul dan makan bersama perlu ditangguh kerana jangkitan sekarang banyak dikaitkan dengan budaya Malaysia yang sering berkongsi makanan sebagai cara untuk bersosial.

Untuk jangka masa yang panjang, masyarakat sendiri perlu memilih apa yang penting untuk kesihatan mereka.”

Manakala, Ketua Pengarah KKM Dr Hisham mengatakan yang Malaysia perlu belajar dari negara lain seperti India dan Brazil untuk menghalang dari situasi yang sama turut terjadi kepada negara kita.

 

Baca: Polis Cadang Kompaun Sekolah Jika Cetus Kluster Baru COVID 19 Akibat Daripada Pengabaian SOP

Screenshot 2021 04 22 At 3.02.37 Pm

Sumber: UMMAHToday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.