in

TERKINI: Tertinggi Dalam Sejarah! Malaysia Catat 11,079 Kes Baru, Selangor Kekal Paling Tinggi!

Ft Kesharian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia mencatatkan jumlah kes harian tertinggi hari ini (13 Julai) dengan 11,079 kes positif dilaporkan. Untuk rekod, kes tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 10 Julai lepas iaitu sebanyak 9,353 kes positif.


Melalui Twitter rasminya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 5,263 kes diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 1,521 kes dan  Negeri Sembilan dengan 1,033 kes.

Sementara itu, negeri yang mencatatkan kes terendah pula adalah Putrajaya dengan 77 kes, Labuan sebanyak 60 kes dan Perlis tidak mencatatkan kes positif pada hari ini.

Kes

Jumlah kes 5 angka hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara kini meningkat kepada 855,949 kes.

Ramai netizen menzahirkan kebimbangan mereka di media sosial selepas mendapat tahu jumlah kes harian yang dicatatkan hari ini sangat tinggi.

Baca: COVID-19: Kes Baru Meningkat Kepada 9,353, Melaka Catat Peningkatan Mendadak

Kes Baru E1625966650711

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.