in

COVID-19: Kes Baru Meningkat Kepada 9,353, Melaka Catat Peningkatan Mendadak

Kes Baru E1625966650711

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, 10 Julai 2021, negara sekali lagi mencatat rekod selepas kes jangkitan terbaharu COVID-19 meningkat berbanding semalam. Sebanyak 9,353 kes dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini adalah 827,191 kes.


 

648373 E1625908267107

Memetik laporan Astro Awani, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor masih terus mencatatkan jumlah tertinggi kes harian dengan 4,277 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 1,398 kes jangkitan terbaharu wabak COVID-19 hari ini.

1000X 1 E1625908427355

Dalam pada itu, negeri Melaka pula mencatatkan peningkatan kes mendadak sebanyak 835 kes berbanding 222 kes semalam. Ia diikuti dengan Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364) dan Sarawak (352).

Sementara itu, negeri-negeri seperti Sabah, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis masing-masing merekodkan jangkitan terbaharu dibawah 300 kes.

Sumber: Astro Awani

Baca: [TERKINI] Malaysia Catat 9,180 Kes Positif COVID 19 Hari Ini, Paling Tinggi Dalam Sejarah!

Collage 26 E1625908184177

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.