Bapa sepatutnya jaga anak menantu dengan baik, tapi bapa yang ni pergi ratah menantu sampai dia mengandung. Lebih teruk lagi ada kemungkinan baby dalam kandungan dia tu milik bapa mertua dia sendiri.
Masa first time anak saya bawa dia datang rumah, saya terpegun sebab dia cantik sangat.
Memetik daripada laporan The Sun, Bapa ni dah ‘syok’ dekat menantu dia sejak pertama anak dia bawa masuk rumah untuk berkenalan dengan keluarga.
Tahun lepas anak dan menantu kahwin dan mereka menetap di rumah keluarga suami (rumah si bapa ni).
Hubungan sulit diaorang ni bermula apabila satu satu keluarga ni menghadiri majlis perkahwinan anak buah si bapa ni.
‘Pasangan’ dari United Kingdom ni, lepak sambil minum-minum, masa tu anak dan isteri dia dah tidur dan tinggal diaorang berdua je.
Lepastu diaorang sama-sama keluar pergi hisap rokok dalam kereta sebab lebih tenang. Si bapa ni tiba-tiba cium pipi menantu dia.
Saya tak tahu macam mana saya boleh cium pipi dia dan dia terus cium bibir saya. Tu je, kami kemudiannya mengadakan hubungan seks kat back seat”
Lepas insiden tu, mereka mahu perkara ini dirahsiakan sebab menantu tu sayang sangat kat anak dia dan tak nak sakitkan hati suami dia.
Tapi lepas 2 bulan tu, anak dia umumkan yang menantu tu tengah mengandung. Bapa dia ni jadi mati akal sebab kononnya cemburu.
Tapi tiba-tiba menantu jumpa si bapa ni bagi tahu kemungkinan besar anak yang dikandungkan itu anak dia.
Si bapa ni pun terus jatuh cinta dan nak hidup dengan menantu dia sampai sanggup nak tinggalkan isterinya. Tapi menantu dia macam was-was.
Tanpa fikir panjang, si bapa 46 tahun ini terus confess kat isteri dia yang berumur 45 tahun tu yang dia dah tak nak hidup bersama dan berhasrat nak keluar dari rumah. Gila!
Keluarga diaorang sekarang ni tengah berkucar kacir akibat kejadian ini, Namun, pasal hal kandungan masih dirahsiakan dan masih belum sahih lagi anak yang dikandungkan tu anak siapa.
Baca : Cabul Bakal Menantu Untuk Uji Jika Masih Dara