in

“Terpaling pandai cakap omputih” – Netizen Kecam DJ Radio Gara-gara Video Reaksi Ketawakan Cikgu Mengajar di Didik TV

Didiktv Gelak

Disebabkan penutupan sekolah kerana penyebaran wabak COVID 19 di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat satu inisiatif baru dengan melancarkan Didik TV yang sudah mula ditayangkan pada Rabu lepas.

Menerusi beberapa slot rancangan, ada satu rancangan yang memaparkan seorang guru mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2 dalam Bahasa Inggeris.

152025214 3925593967462169 1606524655703321224 O

Meskipun rancangan tersebut mendapat teguran netizen oleh kerana gaya bahasa guru terbabit, namun tindakan seorang DJ radio di TikTok ini dianggap sangat biadap hingga mendapat kecaman hebat netizen.

DJ ini telah membuat sebuah video reaksi terhadap pengajaran cikgu tersebut dengan menghamburkan ketawa sepanjang video itu ditayangkan. Admin tak faham kat mana yang lawaknya?

Yusuf 2

Walau bagaimanapun, video ini telah dipadam daripada platform media sosial DJ berkenaan setelah mendapat terlalu banyak kecaman. Untuk lihat video, klik link di sini.

 

“Terpaling power cakap omputih, bro jemput datang studio Didik TV” 

Rata-rata netizen yang telah melihat video tersebut berasa kesal dengan tindakan DJ terbabit dan menganggap ia suatu penghinaan kepada guru itu. Ramai telah meninggalkan komen di Instagram peribadi DJ itu meminta supaya majikannya menegur tindakan pekerja yang tidak beretika ini.

Terpaling English

Diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi. Bukan mudah menjadi pendidik di zaman pandemik ini ya. 

Baca: “Saya nak offer diri” – Adibah Noor Tawar Diri Jadi Cikgu English di DidikTV, Ramai Netizen Teruja & Setuju!

Ft Adibahnoor

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram