in

Terpaksa Letak Minyak Subsidi Dalam Botol, Peniaga Mohon Kerajaan Timbang Rasa

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang ramai tahu, untung yang didapati dari perniagaan kecil-kecilan bukanlah banyak mana pun lagi-lagi dengan harga barang mentah yang semakin naik.


Selain itu, ramai peniaga juga turut terkesan kerana tak boleh nak membeli minyak subsidi dan terpaksa menambah modal untuk membeli minyak masak botol yang kini berharga lebih RM40 setiap lima kilogram.

“Bukan nak menipu tetapi tersepit”

Featured Image

Memetik laporan dari Malaysiakini, ekoran ini peniaga di sekitar Kota Bharu, Kelantan terpaksa membeli minyak paket subsidi dan salin semula ke dalam botol kerana bimbang diambil tindakan.

Kalau guna minyak botol memang tak boleh berniagalah, modal jadi sangat tinggi. Lagi pun harga barang mentah lain pun naik harga, memang tak mampu kalau guna minyak botol.

“Saya terpaksa beli minyak paket dan bubuh semula dalam botol. Bukan kita nak menipu tetapi tersepit. Jualan sehari pun sekadar cukup makan, bukan untung besar.

“Saya sangat berharap jika kerajaan boleh benarkan peniaga kecil seperti saya ini guna minyak masak subsidi.”

“Jika berterusan, kemungkinan terpaksa gantung kuali”

Manakala seorang lagi peniaga pisang goreng mengatakan keadaan ini terlalu membebankan untuknya ekoran untung yang semakin berkurang kerana kenaikan harga barang mentah.

Jika dibandingkan keadaan sebelum kenaikan harga minyak dengan sekarang sangat jauh berbeza. Kini untung diperolehi semakin sedikit kerana kenaikan harga bahan mentah dan minyak masak botol.

“Jika keadaan ini berterusan, kemungkinan saya terpaksa gantung kuali dan melakukan pekerjaan lain.”

Disebabkan ini, peniaga-peniaga kecil ini berharap kerajaan dapat bertimbang rasa dan membenarkan mereka untuk menggunakan minyak masak subsidi.

 

Baca: Lelaki Aniaya Pembeli, Jual Minyak Masak Campur ‘Minyak Sembahyang’

Screenshot 2022 07 22 At 4.10.39 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.