in

Lelaki Aniaya Pembeli, Jual Minyak Masak Campur ‘Minyak Sembahyang’

Minyak Masak Campur Minyak Semayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sudah maklum, kenaikan harga barangan mentah menjadi sesuatu yang membebankan untuk ramai rakyat Malaysia dan disebabkan itu ramai yang memilih untuk mencari jalan untuk berjimat.



Kebelakangan ini, banyak tempat yang terputus bekalan minyak masak bersubsidi yang dijual dalam paket seberat 1 kilogram.

Apa yang menyedihkan, didakwa terdapat beberapa peniaga yang bertindak menyembunyikan minyak masak tersebut dan yang terbaru, seorang lelaki di Pulau Pinang bertindak mencampurkan minyak masak  dengan ‘minyak sembahyang’ semata-mata untuk mengaut untung.

Minyak 1
Gambar hiasan

Menurut laporan Astro AWANI, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A Mogan, berkata suspek berusia 50-an ditahan dalam sebuah serbuan di rumah teres di Taman Seri Murni, Sungai Dua semalam.

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit sedang memotong plastik ‘polybag’ mengandungi minyak masak bersubsidi di atas sebuah lori dan memindahkannya ke dalam tong dipercayai untuk kegunaan industri.” katanya. 

Malah, dia juga berkata, suspek dipercayai mencampurkan minyak masak bersubsidi dengan minyak untuk tujuan sembahyang itu bagi membolehkannya dijual pada harga sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram.

“Pemeriksaan lanjut mendapati individu yang ditahan mempunyai lesen borong kawalan dengan kebenaran untuk beliau mengambil minyak masak daripada pembungkus minyak masak dan dihantar kepada pelanggan,

namun individu ini telah menyalahgunakan lesen tersebut untuk mendapatkan bekalan dan menyeleweng barang kawalan serta mengedar untuk kegunaan industri,” katanya. 

Dalam serbuan itu, sebanyak 1,564 kg minyak masak bersubsidi serta sebuah lori disita untuk tindakan lanjut yang mana nilai rampasan keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM108,960.

Kes ini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFAPUAA) 2001.

Baca: [VIDEO] Peniaga Didakwa ‘Ketuk’ Pelanggan, Kena Beli Barang RM20 Baru Boleh Beli Minyak Masak

Ft Peniaga Ketuk Pelanggan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.