in

“Termenung je member” – Alih Kucing Kena Langgar Ke Tepi Jalan, Tindakan Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

2Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang yang suka akan haiwan, kita mesti sebak bila tengok ada haiwan yang mati sebab dilanggar. Lagi-lagi kalau haiwan yang kena langgar tu kucing.



Dalam satu video yang viral kat Twitter, kita boleh tengok seekor kucing yang telah mati sebab dilanggar. Nasib baik ada seorang lelaki datang untuk alih kucing tu ke tepi jalan. Ramai sebak, min pun sebak, korang tengok lah video @iamajayrahman kat bawah ni.

 

Termenung je member

Walaupun dikatakan mempunyai sembilan nyawa, tapi bila ajal dah sampai, memang tak boleh buat apa. Kawan kucing tu pun termenung je tengok kawan dia kena langgar. Nasib baik ada lelaki tu yang tolong alih dan bawak kucing lagi satu tengok kawan dia yang kena langgar tu.

Screenshot 2021 06 19 At 12.07.28 PmKesian weh kat sekor lagi tu. Kalau min pun bawak balik rumah gak, mesti dia sunyi bestfriend dia hilang macam tu. Haiwan pun ada perasaan tau.Β 

Screenshot 2021 06 19 At 12.08.11 PmSetakat ni min tak pasti dia bawak balik ke tidak kucing tu. Harap-harap kawan dia yang selamat tu jumpa teman pengganti cepat-cepat lah kan.Β 

Screenshot 2021 06 19 At 12.08.37 PmKesian kucing tu, termenung dan blur dia tengok member dia terbaring kat tengah jalan. Mesti dia terkejut, kesian member mati depan mata.

Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada brader yang tolong alih kucing kena langgar tu ke tepi jalan. Anda adalah seorang hero!

 

Baca: “Taktik baru ni” – Kucing Kantoi Cuba Seludup Dadah Ke Penjara

Screenshot 2021 06 19 At 12.08.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.