in

[TERKINI] Total Lockdown: Ini SOP Tambahan Berkuatkuasa 1 Jun Ini Yang Perlu Anda Tahu

Sop Sekatan Penuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi satu sidang media khas hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh yang akan berkuatkuasa selama 14 hari bermula 1 Jun sehingga 14 Jun.


1062197

Sidang media terbabit juga disertai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut merupakan intipati dalam ucapan beliau sebentar tadi:

1. Semua aktiviti ekonomi & sosial tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan perlu

Senarai perkhidmatan perlu adalah seperti berikut:

  • Makanan dan minuman
  • Perubatan dan kesihatan
  • Air
  • Tenaga
  • Keselamatan
  • Pengurusan sisa pepejal
  • Pengangkutan
  • Perkhidmatan pelabuhan
  • Komunikasi
  • Perbankan
  • Perkreditan
  • E-dagang
  • Pengeluaran bahan api
  • Hotel & penginapan (bukan tujuan pelancongan)
  • Pembinaan & penyelenggaraan
  • Perhutanan
  • Logistik

2. Semua sektor pengilangan tidak dibenarkan beroperasi kecuali untuk keperluan perlu

Selain hanya membenarkan kilang barangan keperluan perlu sahaja beroperasi, Menteri Kanan Keselamatan juga mengumumkan kapasiti bekerja bagi pekerja kilang hanyalah 60 peratus sahaja.

3. Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi

4. Kedai dobi dan dobi layan diri juga dibenarkan

5. Kedai cermin mata dibenarkan

6. Bengkel kenderaan dan penyelenggaraan alat ganti juga dibenarkan beroperasi

7. Semua pusat membeli-belah ditutup kecuali premis di dalamnya yang menjual barangan dibenarkan seperti makanan dan keperluan asas

8. Semua surat kebenaran perjalanan bekerja yang dikeluarkan MITI hanya sah sehingga 31 Mei (esok)

9. Bermula 1 Jun 2021, surat kebenaran bekerja akan dikeluarkan oleh kementerian yang berkaitan

10. Hanya 2 orang sahaja termasuk pemandu dalam kenderaan persendirian bagi mendapatkan barangan keperluan harian dan perubatan

11. Pembelian barangan keperluan harian dan perubatan hanya dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir dengan kediaman

12. Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu di kawasan terbuka tanpa sentuhan fizikal terhad dibenarkan kepada joging dan senaman sahaja dan perlu mematuhi penjarakkan fizikal dua sehingga tiga meter dan dilakukan di kawasan kejiranan sahaja bermula jam 7 pagi sehingga 8 malam

13. Tadika & taska tidak dibenarkan beroperasi kecuali bagi frontliners atau ibu bapa yang kedua-duanya bekerja

Selain itu, Menteri Kanan (Keselamatan) juga menegaskan yang perniagaan yang dibenarkan beroperasi hanya bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

Rakyat Malaysia diseru untuk memainkan peranan masing-masing dalam memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

Baca: [TERKINI] Operasi Perniagaan Dihadkan Dari 8 Pagi Sehingga 8 Malam Mula 25 Mei Ini

Sidang Media Ismail Sabri Dg Hisham E1622363225864

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.