in

[TERKINI] Operasi Perniagaan Dihadkan Dari 8 Pagi Sehingga 8 Malam Mula 25 Mei Ini

Sidang Media Ismail Sabri Dg Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam satu sidang media khas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa kini.



793470 E1621677299817

Menerusi sidang media khas yang berlangsung sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mengenai dua strategi kerajaan untuk mengurangkan pergerakan.

Berikut merupakan 2 strategi tersebut:

1. Jumlah pekerja di pejabat kerajaan atau swasta dikurangkan

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) tadi, strategi pertama ini akan melibatkan 80% kakitangan daripada sektor kerajaan yang akan bekerja dari rumah. Manakala bagi sektor swasta pula, seramai 40% pekerja terlibat.

Selain itu, kapasiti pengguna pengangkutan awam juga akan dikurangkan sebanyak 50 peratus iaitu sama seperti pelaksanaan PKP 1.0.

2. Masa operasi sektor ekonomi dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam

Menurut beliau lagi, bagi sektor-sektor ekonomi pula seperti kedai runcit, restoran, gerai dan pusat beli-belah, waktu operasi sudah dihadkan bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

Semua sekatan ini akan berkuat kuasa di seluruh negara bermula tarikh 25 Mei 2021.

Untuk penjelasan SOP yang lebih lanjut, anda boleh lawati laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

SOP yang lebih terperinci boleh didapati di laman sesawang MKN.

Kes harian hari ini kekal 6,000

648373 E1621677470330
Health director general datuk dr noor hisham abdullah speaking to media at daily update of covid-19 development in putrajaya, april 16th, 2020
mohd sahar misni/the star

Dalam pada itu, menerusi sidang media sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan jumlah kes jangkitan terbaharu wabak COVID-19 pada hari ini adalah kekal empat angka iaitu 6,320. Manakala kes kematian pula adalah 50.

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia diseru bagi mematuhi setiap SOP yang ditetapkan kerajaan dan mengamalkan penjagaan kendiri bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Baca: [TERKINI] MKN Seragamkan SOP, Ini Senarai Penuh SOP PKP 3.0

Mkn4 E1621674498636

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.