Sebentar tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun dan denda sebanyak RM970 juta selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak ke atas Datin Seri Rosmah Mansor.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan telah menetapkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan namun dijalankan secara serentak. Denda RM970 juta untuk tiga pertuduhan. Sekiranya denda gagal dibayar, hukuman penjara 10 tahun akan ditambah bagi setiap pertuduhan.
[Terkini] Judge Zaini meted out the punishment.
1. 10 tahun bagi setiap pertuduhan, tapi berjalan secara serentak.
2. Denda RM970 juta untuk tiga pertuduhan.
3. Gagal bayar denda, akan ditambah 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
Bagaimanapun, mahkamah telah membenarkan penangguhan hukuman ke atas isteri bekas perdana menteri ini sementara menunggu rayuannya di hadapan Mahkamah Rayuan.
Keputusan ini dibuat oleh hakim selepas mengambil kira kenyataan Rosmah untuk mendapatkan kelonggaran dan selepas peguamnya meminta agar diberikan hukuman penjara sehari sebelum dibangkang oleh pendakwa raya yang meminta hukuman maksimum penjara 20 tahun.
Untuk pengetahuan korang, hakim mendapati bahawa Rosmah bersalah adalah selepas pihak pendakwa raya telah berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.
Baca: “Saya tak pernah pengaruh suami”- Rosmah Menangis Ketika Baca Kenyataan Selepas Dijatuhkan Hukuman