Pelakon, pengarah dan pelawak Datuk Afdlin Shauki tidak dapat memberikan sebarang komen terhadap lawak yang dipersembahkan oleh rakan seangkatannya, Harith Iskander sehingga menyebabkan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap Harith.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Afdlin Shauki Aksan mempunyai pendapat tentang penerimaan orang-orang tempatan terhadap komediri (stand-up comedy) yang masih lagi terhad jika dibandingkan dengan hiburan luar negara.
Artikel berkaitan: Rosmah Mansor Saman Harith Iskander, Didakwa Hina Rupa Paras Dalam Persembahan Komedi
Artikel berkaitan: “Saya minta maaf..” – Suspek Ugut Keluarga Harith Iskander Dipenjara 5 Bulan
Jelasnya, perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan penggiat seni komedi untuk berkarya kerana adanya batasan.

“Apa yang saya perasan di Malaysia, penerimaannya masih lagi susah. Orang sukar nak terima sesuatu perkara itu sekadar guruan.”
“Dalam kes Harith, saya tak tengok persembahan dia dan tak tahu kandungan apa yang dibuat, jadi saya tak boleh nak komen sangat.”
“Kita sepatutnya boleh terima apa yang dibuat oleh pelawak, cuma budaya kita berbeza dengan Amerika Syarikat yang lebih bebas. Di Malaysia, buat sesuatu itu kena ada bukti.”
Sebelum ini, Datin Seri Rosmah telah memfailkan tuntutan saman pada 9 Jun lalu, dakwanya, Harith telah menghina paras rupa dan fizikalnya sewaktu membuat persembahan komedi Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di Melaka pada Januari lalu.
Sumber : mStar Online
