Hari ini, telah berlangsungnya Perhimpunan Perdana Penjawat Awam ke-18 yang diadakan di Putrajaya.
Dalam perhimpunan tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa bantuan istimewa sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah pada Januari 2023 nanti.
Malah, pesara dan askar veteran juga akan turut menerima bantuan sebanyak RM350 bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat atau yang pernah berkhidmat dengan kerajaan.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga bersetuju untuk memberi kenaikan gaji tambahan sebanyak RM100 pada tahun hadapan kepada 1.28 juta penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.5 bilion.
Sebagai contoh, jika kenaikan gaji tahunan untuk Gred 11 adalah RM80, untuk tahun 2023, mereka akan dapat RM80 dan tambahan istimewa sebanyak RM100 sebagai menjadikan kenaikan gaji ke RM180.”
Ini adalah antara beberapa insentif yang diumumkan oleh Ismail Sabri di hadapan lebih 5,000 penjawat awam sebentar tadi.
Sumber: The Vibes
Baca: Menteri Kesihatan Umum Bantuan PeKa B40, Ini Manfaat Yang Korang Boleh Dapat Dari Skim Terbaharu Ni!