in

[TERKINI] Mulai 16 September Ini, Pelancong Wajib Buat Swab Test Sebelum Ke Langkawi – KJ

Ft Pergi Langkawi Wajib Swab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana pengunjung yang akan ke Langkawi diwajibkan untuk menjalani ujian saringan mulai 16 September ini.


Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebentar tadi.

 

Wajib buat Swab Test

Mana-mana pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula 16 September 2021 perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan melalui cara-cara berikut.

Beliau berkata, pelancong harus menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Antigen) di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

Keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk (lapangan terbang atau terminal feri) sebelum berlepas.

Tambah beliau lagi, pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian saringan.

Pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri saliva itu melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan lapangan terbang atau terminal feri.

Tambahnya lagi, ujian ini akan dilakukan ke atas individu dewasa yang berumur 18 tahun ke atas dan kanak-kanak dari 7 hingga 17 tahun.

“Ujian pengesanan Covid-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terlibat akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas. Bagi mereka yang negatif, dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, bagi yang didapati positif, tidak dibenarkan.”

Beliau juga menegaskan bahawa gelembung pelancongan ini tidak bermakna kerajaan memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk tidak mengamalkan tindakan kesihatan awam.

 

Baca : “Tak perlu surat polis kalau naik kapal terbang ke Langkawi” –  KJ

4Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.