in

[TERKINI] Malaysia Catat 9,180 Kes Positif COVID 19 Hari Ini, Paling Tinggi Dalam Sejarah!

Collage 26 E1625908184177

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini (9 Julai), Malaysia telah mencatatkan kes tertinggi dalam sejarah dengan jumlah kes positif sebanyak 9,180 kes positif dilaporkan.


Untuk pengetahuan korang, kes tertinggi dicatatkan sebelum ini adalah pada 29 Mei lalu iaitu sebanyak 9,020 kes.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID 19 di Malaysia meningkat sehingga 817,838 kes.

Berdasarkan pecahan yang dikongsikan oleh Dr Hisham, Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah sebanyak 4,400 kes positif, ini diikuti dengan Kuala Lumpur 1,271 kes dan Negeri Sembilan 899 kes.

Negeri dengan kes terendah pula merupakan Perlis 1 kes, Putrajaya 16 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 80 kes.

Rata-rata netizen telah menyatakan rasa bimbang selepas kes semakin hari dilihat semakin meningkat dan berharap agar kerajaan dapat membuat sesuatu untuk membendung perkara ini.

 

Baca: [TERKINI] Naik Lagi?! Kes COVID 19 Melonjak Ke Angka Lebih 8,000, Selangor Catat 4,152 Kes

Fi Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.