TERKINI : Majlis Kenduri Kahwin Dibenar Dilangsungkan Bermula 1 Julai – Ismail Sabri

Sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media memaklumkan yang kerajaan membenarkan majlis sosial seperti kenduri dan sambutan hari lahir bermula 1 Julai.
Bagaimanapun beliau berkata,
Kehadiran ke majlis seperti itu dihadkan kepada 250 orang pada satu masa, dan selama 3 hingga 5 jam sahaja.
Antara majlis lain yang dibenarkan adalah seperti pertunangan, reunion dan ulanngtahun perkahwinan, lapor FMT.
Kebenaran turut diberikan bagi majlis bersifat keagamaan seperti tahlil, akikah dan doa selamat.
Nak cerita macam ni sampai dulu?
Jadikan Lobak Merah sumber pilihan di Google.




