in

“Jodoh tu kan rahsia Allah” – Beza 41 Tahun, Pemuda 24 Tahun Kahwini Ibu Angkat Warga Emas Umur 65 Tahun

Feature 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan berbeza usia bukan lah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Dah tak pelik dah pun kalau kita dengar orang tua kahwin dengan yang muda kan. Kalau dah jodoh, memang tak kemana.


Namun, perkahwinan seorang pemuda 24 tahun dengan warga emas berusia 65 tahun di Sumatera Selatan, Indonesia tetap tular di negara itu baru-baru ini, lapor Kompas.com.

Kawin 1

Mbah Gambreng atau juga dikenali sebagai Tri Sutiyem telah menikahi lelaki muda tersebut, Ardi Waras yang juga merupakan anak angkatnya. Mesti dia tak sangka jodoh dia adalah orang terdekat jugak kan. 

Kawin 2

Kawin 3

Dia juga mempunyai empat anak angkat yang lain yang kesemuanya telah berkahwin. Difahamkan, Ardi telah tinggal dengan Mbah Gambreng sebagai anak angkat untuk membantu wanita itu menoreh dan menjual getah sejak tahun lalu.

Mereka mula berkenalan ketika Ardi merupakan seorang penari di sebuah kumpulan kesenian manakala Mbah pula merupakan pengurus kumpulan seni terbabit. Pada mulanya, dia takde perasaan pun dekat Ardi tapi cinta tu kan buta.

Katanya, suaminya itu yang berkeras nak kahwin dengan dia walaupun cinta Ardi telah ditolak Mbah. Majlis perkahwinan pasangan ini telah diadakan pada Jumaat lalu di kampung Desa Bumiharjo dengan mas kahwin sebanyak Rp100.000.

Korang yang masih single tu jangan jealous eh. 

Baca: “Patutlah taknak tanggal niqab” – Pengantin Lelaki Terkejut, Wanita Dinikahi Rupanya Lelaki  

Kawin

Sumber: Kompas.com
Sumber: Kompas.com
Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.