in

[TERKINI] KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Balik Raya Ditangguh – Adham Baba

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mencadangkan agar rentas negeri untuk menyambut hari raya Aidilfitri pada bulan depan ditangguhkan.


Ini ekoran kerana terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi yang masih dijalankan.

Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan.”

71618463906 Dradhambaba

Manakala bila ditanya sama ada individu yang telah menerima kedua-dua dos suntikan vaksin akan dibenarkan merentas negeri atau tak, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu keputusan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Pencegarah Penyakit Amerika Syarikat (CDC), lapor Awani.

Kami masih menunggu lagi beberapa dapatan daripada WHO dan CDC untuk menjelaskan kepada kami sama ada perkara tersebut boleh dibenarkan untuk dikecualikan daripada aktiviti rentas negeri.

“Bagimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untuk mereka bertugas.”

 

Baca: “Tak merasalah beraya kampung” – KKM Ramal Malaysia Mungkin Berdepan Gelombang Covid-19 Ke-4

Screenshot 2021 04 15 At 2.03.48 Pm

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.