in

“Tak merasalah beraya kampung” – KKM Ramal Malaysia Mungkin Berdepan Gelombang Covid-19 Ke-4

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan makin okey…



Dalam sidang media Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan yang Malaysia mempunyai risiko untuk menghadapi gelombang ke-4 virus Covid-19.

Katanya, ini adalah berdasarkan kajian risiko yang dibuat oleh Kementerian Kesihantan Malaysia (KKM) sepanjang 14 hari yang lepas, lapor BERNAMA.

Menurut Ismail Sabri, kes Covid-19 di kebanyakan negeri dilihat tak stabil malah nilai jangkitan R0 (R-naught) juga melibihi 1.0.

Seperti yang dapat dilihat, kadar jangkitan di Kelantan dan Sarawak makin meningkat manakala jumlah kes di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang dan Labuan pula dilihat tak stabil (turun naik). Namun walaupun kadar kangkitan di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Sabah pula telah menunjukkan penurunan, masih banyak zon merah di beberapa negeri seperti Selangor.

1111094

Malah, semalam negara kita mencatatkan sebanyak 1,317 kes positif Covid-19 dan empat kematian. Oleh kerana ketidakstabilan ini, Kementerian Pertahanan telah membuat keputusan untuk memanjangkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, KL, Kelantan, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Ekoran ini, ramai netizen telah meminta agar kerajaan memberitahu lebih awal tentang keputusan rentas negeri menjelang raya nanti supaya persiapan raya boleh dibuat.

Screenshot 2021 04 13 At 2.43.07 Pm Down

 

Baca: “Doakan kita boleh balik kampung raya aidilfitri tahun ni” – Ismail Sabri

Screenshot 2021 04 13 At 2.50.08 Pm

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.