in

TERKINI: Kes Ke-15 POSITIF Coronavirus di Malaysia, Pelancong Wanita Wuhan Masuk Dari Singapura

Corona Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kes ke-15 jangkitan coronavirus melalui Twitter, hari ini melibatkan seorang pelancong dari China.

Menurut FMT, pelancong wanita itu berusia 59 tahun tiba di Singapura bersama suaminya berusia 66 tahun, anak lelaki dan menantunya pada 17 Januari lepas. Mereka kemudian memasuki Malaysia dari Singapura pada 21 Januari.

Fmt1
sumber: fmt

Wanita itu mula mengalami simptom awal pada 26 Januari namun tidak mendapatkan rawatan perubatan sebaliknya hanya memakan ubat yang dibeli oleh anaknya di farmasi.

Menurutnya, dia hanya meluangkan kebanyakan masanya di hotel sahaja. Namun, pada 6 Februari dia telah disahkan positif coronavirus manakala tiga lagi ahli keluarganya itu negatif. 

Disebabkan itu, dia terpaksa dikuarantin di Malaysia sementara ahli keluarga yang lain pulang ke Guangzhou pada tarikh yang telah dirancang, 4 Februari lepas. Difahamkan wanita itu kini berada di wad isolasi Hospital Permai, Johor Bahru dan berada dalam keadaan stabil.

Fmt6
sumber: nst

Baca: CORONAVIRUS: Dua Lagi Sah Positif Coronavirus, Jadikan Angka Kes Di Malaysia Meningkat Ke 14 Orang

Collage 15