in

Kadar Jangkitan COVID 19 Meningkat Ke 1.0, KJ Nasihat Untuk Ambil Dos ‘Booster’ Jika Dapat Temujanji

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-nought atau R0) di Malaysia kini telah pun meningkat ke angka 1.0 semula. Ini bermakna, angka orang yang boleh mendapat jangkitan dijangka akan meningkat dalam masa beberapa hari sekiranya keadaan ini berterusan.


Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham melalui ciapan di Twitter peribadi serta turun diulang kicau oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Melalui data yang dikongsikan oleh Dr Hisham, Putrajaya merupakan negeri yang mencatatkan kadar jangkitan tertinggi iaitu 1.16, diikuti Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.03) dan Kelantan (1.02).

Manakala kadar jangkitan terendah pula direkodkan di Sarawak (0.87), Perak (0.88), Terengganu (0.90) dan Labuan yang hanya mencatat kes positif terendah sebanyak 25 kes.

Fd9E4Q1Uyaax9Vy Down

Ekoran ini, Khairy memberitahu bahawa pihaknya kini sedang memantau kemasukan ke hospital dan penyebab utama yang lain serta turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil dos penggalak sekiranya mendapat temujanji.

Selain itu, Khairy turut menasihatkan warga emas untuk elak tempat yang sesak sekiranya perlu.

Manakala hari ini pula, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu, sebanyak 6,517 kes positif Covid-19 baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meninggkat ke 2,535,338 kes.

 

Baca: 2 Kes Pertama Covid-19 Varian Delta Plus Dikesan Di Malaysia- KKM

Screenshot 2021 11 12 At 2.11.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.