in

Doktor Pakar Thailand Ramal Varian Omicron Mungkin Penamat Covid-19

Ft Varian Omicron Mungkin Pendorrong Endemik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok ramalkan varian Omicron mungkin menjadi petunjuk bahawa pandemik Covid-19 akan berakhir dalam tahun ini.


 

Diramal berakhir pada hujung tahun ini?

Menurut Dr Manoon Leechawengongs, mutasi yang ketara dalam varian Omicron dengan coronavirus asal telah memberikan impak yang jauh lebih ringan, lapor The Nation Thailand.

“Omicron adalah bukti bahawa sifat semulajadi virus, ia akan sesuaikan diri dengan menghasilkan gejala yang lebih ringan, jadi ia tidak membunuh. Lambat laun nanti, Omicron akan menjangkiti orang ramai tanpa mengira etnik, jantina atau umur mereka.”

Varian Omicron Mungkin Pendorrong Endemik

Katanya lagi, beliau bersama rakan setugas, Dr Wasan Chantrathit, Ketua Pusat Genomik Perubatan Hospital Ramathibodi, bersependapat bahawa pencapaian orang ramai mengambil vaksin Covid-19 telah mendapatkan imuniti kumpulan (herd immunity) terhadap virus itu dan wabak itu berakhir tahun ini.

“Terima kasih kepada Omicron, Covid-19 akhirnya akan menjadi jangkitan endemik, kanak-kanak kecil mendapatnya setiap tahun.”

Varian Omicron Mungkin Pendorrong Endemik 2

Tambahnya, oleh sebab varian Omicron menghasilkan simptom yang lebih ringan daripada varian Delta, orang yang divaksin kebanyakannya akan mengalami simptom yang tidak berbeza daripada selesema biasa.

“Bagaimanapun, saya amat menasihatkan mereka yang berada dalam kumpulan berisiko, seperti warga emas, wanita hamil dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin.

“Jika anda sudah mempunyai dua suntikan, dapatkan penggalak sebelum kebanyakan orang di negara ini dijangkiti oleh varian Omicron dalam satu atau dua bulan berikutnya.”

Walaubagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa, biarpun ia bergejala ringan berbanding Delta, ianya tidaklah bermaksud varian ini tidak bahaya dan ia masih boleh membunuh.

 

Baca : Tekak Gatal & Batuk Kering Antara 5 Simptom Baru Varian Omicron

Fi Simptom E1640401377278

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.