in

“Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi”- Ismail Sabri Jawab Isu Solat Jumaat & Tarawih

Featt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini belum ada sebarang kata putus berkaitan kebenaran Solat Jumaat dan Tarawih kepada masyarakat muslim di negara ini.


Dalam perkembangan terbaru, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan yang sehingga kini belum ada sebarang keputusan berhubung perkara tersebut buat masa ini.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal agama ada membentangkan cadangan tetapi kita belum putuskan apa-apa keputusan mengenainya.”

Katanya berkemungkinan isu itu akan dibincangkan secara lebih lanjut di dalam mesyuarat Kabinet, lapor Berita Harian.

1 9

Namun sedikit sinar buat masyarakat muslim di negara ini apabila beliau memaklumkan cadangan tersebut bukan mahu dilaksana dalam waktu terdekat, namun tidak menolak kemungkinan seminggu atau dua minggu lagi.

Cadangan itu bagaimanapun bukan mahu dilaksana dalam waktu terdekat. Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi. Saya kira adalah lebih baik menteri yang berkenaan mengulas mengenainya,”

Sama-sama lah kita berdoa yer…

 

Baca : TERKINI : Ziarah Hari Raya antara daerah TIDAK DIBENARKAN ; Ismail Sabri

Feat 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.