in

TERKINI: Kematian Ke-11 Akibat Covid-19

Kematian 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi, Malaysia mencatatkan kematian ke-11 akibat Covid-19.


Kes kematian ini adalah pesakit kes ke 1070 dan merupakan warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan sejarah penyakit kronik. Difahamkan, pada Februari 2020 mangsa telah ke Indonesia dan juga merupakan Pengerusi surau kawasan setempatnya.

Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras  pada 18 Mac 2020 selepas seminggu menunjukkan gejala. Pada 19 Mac 2020, keputusan mengesahkan mangsa positif Covid-19 dan terus diberikan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Hari demi hari kesihatannya merosot dan disahkan meninggal dunia semalam, 22 Mac 2020 pada jam 9.05 malam. Takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Sunday, March 22, 2020

Baca: Malaysia Catat Satu Lagi Kes Kematian Akibat COVID-19, Angka Korban Meningkat Kepada 4 Orang

Untitled Collage 62 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.