in

Malaysia Catat Satu Lagi Kes Kematian Akibat COVID-19, Angka Korban Meningkat Kepada 4 Orang

Untitled Collage 62 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Spekulasi yang tersebar dalam WhatsApp mengenai satu lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di Melaka, disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.


Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia sebanyak empat kes.

Dalam sidang media di Putrajaya, Dr. Noor Hisham berkata — kes kematian hari ini melibatkan pesakit kes ke-238,  yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Whatsapp Image 2020 03 21 At 3.12.17 Pm

Pesakit berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac lalu, dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. 

Mangsa telah diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi, dan kesihatan mangsa dikatakan semakin merosot hari demi hari sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi.

Semalam, Dr. Noor Hisham dalam catatan Facebook rasmi beliau, mengesahkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19 — apabila seorang lelaki tempatan iaitu kes ke-152 daripada kluster jemaah tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

Sebelum itu, Harian Metro melaporkan — dua kematian pertama akibat COVID-19 dicatat pada 17 mac lalu melibatkan pesakit kes ke-178 dan ke-358.

Kes ke-178, ialah seorang lelaki warga Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh di Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Manakala kes ke-358, ialah seorang paderi lelaki berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak.

90102735 2728659797460384 1072530759186644992 N

 

Baca: [TERKINI] Malaysia Catat Kematian KETIGA Akibat Covid-19, Pesakit Dari Kluster Tabligh

Kematian Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.