in

[TERKINI] Harga Baru Self Test Kit Akan Diumumkan & Booster Shot Tak Wajib Untuk Semua- KJ

Ft Menteri Kesihatan Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan telah bersetuju untuk menurunkan harga siling untuk kit ujian kendiri daripada yang sedia ada. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata harga baru akan diumumkan kelak.


Bagaimanapun, ia mengambil masa untuk membuat peralihan bagi memudahkan urusan pembekal dan penjual.

Dalam pada itu, beliau menerusi Sidang Media hari ini juga menyatakan bahawa tiada cara untuk menguatkuasakan peraturan untuk menyekat golongan yang elak mengambil vaksin untuk rentas negeri.

Bagaimanapun, beliau menegaskan SOP yang tersedia ada akan terus dipakai.

“Kita tiada cara untuk kawal yang mereka yang belum divaksin / antivaksin yang akan rentas negeri. Tetapi jika mereka makan, kita ada SOP. Saya minta polis check pelanggan sudah divaksin atau belum. Itu cara pengkuatkuasaan yang ada.”

Tambahnya lagi, pihak polis akan terus menjalankan Ops Patuh sekiranya didapati mana-mana pihak melanggar SOP yang sedia ada daripada MKN, mereka akan dikompaun (pelanggan dan pemilik premis).

[LIVE] Sidang Media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada jam 4.30 petang ini secara langsung di FB KKM.

Sidang Media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Posted by Sinar Harian on Thursday, October 7, 2021

Beliau juga menyatakan bahawa semua negeri akan mencapai kadar vaksinasi sebanyak 80% kecuali Sabah.

Berkenaan dengan booster shot, beliau mengatakan bahawa ia tidak akan mengubah sebarang status vaksinasi penuh. Ini kerana, ia hanya diberikan kepada golongan tertentu dan ianya tidak diwajibkan.

 

Baca :  KJ Saran Rakyat Lakukan Ujian Covid-19 Secara Berkala Bila Rentas Negeri Dibenarkan Nanti

Rentas Negeri Images

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.