in

TERKINI: Garis Panduan SOP Untuk Pembukaan Sekolah Akan Diedarkan Ke Seluruh Negara ESOK!

77418963 10158607929230555 5969361249828339712 N

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya teka-teki bila sekolah akan dibuka semula hampir terjawab tak lama lagi. Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin baru mengumumkan bahawa garis panduan untuk pembukaan semula sekolah akan diedarkan mulai esok.


Garis panduan ini telah dibuat secara perinci dan mengambil kira pergerakan pelajar dari pelajar tiba ke sekolah sehingga pulang, lapor BERNAMA.

Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat apakah kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan maka setiap sekolah telah bersedia.

98205374 10158607927475555 8753611217215422464 N

Dr Mohd Radzi juga mengatakan, dengan garis pandua ini, ibu bapa tak perlu risau menghantar anak ke sekolah selain perlu didik anak-anak untuk berdisiplin dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh.”

Tambahnya lagi, pembukaann sekolah nanti hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 dan 6 saja dengan hampir 3,000 sekolah menengah di seluruh negara akan dibuka.

 

Baca: “Takyah buka sekolah sampai hujung tahun” – 500 Sekolah Di Korea Selatan Terpaksa Ditutup SEMULA Lepas Kes Naik Mendadak

Screenshot 2020 06 03 At 12.26.49 Pm

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.