in

“Takyah buka sekolah sampai hujung tahun” – 500 Sekolah Di Korea Selatan Terpaksa Ditutup SEMULA Lepas Kes Naik Mendadak

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

PKPB mungkin akan berakhir tak lama lagi namun keputusan sama ada sekolah akan dibuka tak lama lagi atau pun tidak masih menjadi tanda tanya kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Kalau ya pun kes dah berkurang, selamat ke nak hantar anak ke sekolah?


Walaupun belum dapat jawapan yang pasti dari kerajaan, tapi negara-negara lain seperti China dan Korea Selatan sudah pun membenarkan pelajar-pelajar sekolah untuk kembali ke sekolah seperti biasa. Keputusan ini dibuat selepas bilangan kes baru kekal terkawal.

Usnewsworld

Pun begitu, di Korea Selatan, lebih 500 sekolah yang dibenarkan untuk buka seperti biasa diarahkan untuk tutup selepas negara ini mendapat rekod kluster baru di Buncheon, menurut CNN. Kluster baru ini telah merekodkan lebih 100 kes Covid-19.

Menurut Naib Menteri Kesihatan Korea Selatan, Kim Gang-lip, lebih 3,836 orang dari 4,351 pekerja telah disaring oleh pegawai kesihatan.

Bbc

Kebanyakan pelajar pula diarahkan untuk belajar di rumah semula buat sementara waktu.

Di Malaysia, Menteri Pendidikan ada mengatakan yang sekolah mungkin akan dibuka untuk peperiksaan pelajar tingkatan 5 dan enam dan hanya 17 pelajar saja dibenarkan dalam satu kelas.

 

Baca: TERKINI: SOP Hanya 17 Pelajar Dibenarkan Dalam Satu Kelas Bila Sekolah Dibuka

Screenshot 2020 06 01 At 6.27.34 Pm

Sumber: US News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.