in

Sultan Selangor Perkenan Solat Jumaat Di IOI City Mall

Ft Ioi City Mall

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebenaran untuk medirikan Solat Jumaat di Musolla IOI City Mall telah diberikan, Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah telas perkenankan perkara itu sejak 6 September 2024.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Salehuddin Saidin berkata, kebenaran itu diputuskan oleh MAIS melalui Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) selepas mendapat perkenan Tuanku.


Artikel berkaitan: “Boleh jejas usaha imarah masjid” – MAIS Perjelas Sebab Surau Mall Di Selangor Tak Diberi Kebenaran Solat Jumaat

Artikel berkaitan: Pasangan Kekasih Dicekup Separuh B*gel Dalam Tandas Surau

“MAIS mengambil maklum pelbagai respon ditimbulkan berhubung pelaksanaan solat Jumaat di Musolla IOI City Mall, Putrajaya susulan kenyataan media MAIS bertajuk Ketetapan Berhubung Kebenaran Solat Jumaat di Surau/Musolla Pusat Beli-belah di Negeri Selangor’ yang dikeluarkan pada 8 Julai lalu.”

“MAIS sekali lagi menegaskan bahawa kebenaran solat Jumaat yang diberikan kepada Musolla IOI City Mall tersebut adalah bersifat sementara.”

“Kebenaran itu akan terhenti jika masjid baharu berhampiran premis berkenaan dibina dan mampu memenuhi keperluan jemaah termasuk pekerja di premis tersebut untuk mendirikan solat Jumaat.”

“Sebagai makluman, Musolla berkenaan terletak di dalam kompleks beli-belah IOI City Mall, Putrajaya di daerah Sepang yang berada dalam pengawasan dan pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang di negeri ini.”

 742001548 1522628462121530 2176989839856948602 N

Katanya, kebenaran itu diberikan atas dasar beberapa faktor seperti kesukaran umat Islam untuk ke lokasi masjid yang agak jauh.

“Melalui pemeriksaan dan penelitian di lokasi ketika itu, didapati premis itu mempunyai ramai kakitangan dan pekerja lelaki beragama Islam di samping menerima pengunjung termasuk dari kalangan lelaki beragama Islam.”

“Mereka berhadapan kesukaran untuk menunaikan solat Jumaat memandangkan kedudukan masjid yang agak jauh daripada premis berkenaan.”

“Masjid yang terdekat dengan premis berkenaan adalah Masjid Al-Mustaqim Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda yang terletak pada jarak lebih kurang 7.6 kilometer dan Masjid UNITEN, Kajang yang terletak pada jarak lebih kurang 7.7 kilometer.”

Di samping itu, kedua-dua masjid juga tidak mampu menampung jumlah jemaah yang begitu ramai semasa waktu Solat Jumaat.

740945029 1748937009866150 7409654180582942735 N

Beliau berkata,  MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bakal terus memastikan pengurusan dan elaksanaan solat Jumaat di Negeri Selangor dapat dilaksanakan secara teratur serta kehendak hukum syarak serta selaras dengan peruntukan undang-undang demi menjaga kemaslahatan umat Islam di Negeri Selangor.

Sumber : Harian Metro, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.