in

TERKINI: Barangan Peribadi & Bahagian Anggota Badan Penumpang Dijumpai Terapung #LionAirJT610

Mayat Lion Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan berita pesawat Lion Air yang berlepas dari Jakarta, Indonesia terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia. 


Misi pencarian dan menyelamat kini masih giat dijalankan dan pihak berkuasa juga telah beritahu media yang banyak serpihan pesawat dijumpai terapung di laut.

Bukan tu je, banyak barangan peribadi seperti telefon bimbit, beg dompet, bagasi, pasport dan macam-macam lagi turut dijumpai terapung bersama-sama dengan serpihan dan bahagian pesawat yang lain.

https://twitter.com/TheHawksOps/status/1056777601178656768?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1056777601178656768&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.worldofbuzz.com%2Fpersonal-items-body-parts-of-victims-of-crashed-lion-air-flight-found-floating-in-sea%2F

Selain daripada tu, Ketua Basarnas (Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia), Muhammad Syaugi mengesahkan bahawa bahagian anggota badan juga antara yang dijumpai terapung bersama serpihan di laut.

Update terkini mengesahkan yang satu mayat telah pun dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Mayat tersebut ditemui oleh pasukan Basarnas polis serta Tentera Nasional Indonesia (TNI) berhampiran lokasi pesawat Lion Air JT610 yang terhempas.

“Berdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, terdapat seorang mangsa ditemui.”

Mayat tersebut telah diambil dan kini dalam proses untuk kenal pasti identitinya.

Pesawat JT610 dikatakan hilang dari radar selepas berlepas pada jam 6.20 pagi (29 Oktober). Pesawat tu dijadualkan mendarat di Pangkal Pinang pada jam 7.20 pagi namun terputus talian dengan menara kawalan udara pada jam 6.33 pagi.

Seramai 189 penumpang berada di dalam pesawat jenis Boeing 737 tersebut termasuk 3 kanak-kanak dan 7 anak kapal.

Nantikan perkembangan terkini, follow Lobak Merah untuk update seterusnya.

Baca: Foto Serpihan & Video Pesawat Lion Air JT610 Tenggelam Selepas Ditemui Terhempas

Lionair

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.