in

[TERKINI] Aktiviti Sukan Di Sekolah Kembali Dibenarkan – DS Ismail Sabri

Ddd 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas sekolah dibuka sejak 24 Jun yang lalu, hanya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibenarkan. Pembukaan sekolah juga telah mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.


Terkini, melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, aktiviti sukan di sekolah dibenarkan bermula pada 1 September dengan garis panduan khas iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum.

D2 1

4 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

  1. Menetapkan penggunaan bilik mandi atau persalinan dihadkan mengikut kapasiti
  2. Menetapkan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik
  3. Menetapkan penjarakan tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik
  4. Peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi

Kesemua garis panduan ini terpakai bagi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan (PJPK) dan Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.

D1 1 1

Beliau juga memahami keadaan para pelajar yang hanya dibenarkan untuk berada di dalam kelas. Oleh itu, beliau memberi kebenaran untuk melakukan aktiviti sukan dengan kawalan dari guru dan mengikut garis panduan yang disediakan, lapor Berita Harian.

 

Korang mesti dah stress kan duduk berlajar je dalam kelas? Bila kerajaan dah bagi kelonggaran ni, harap korang boleh patuh dan ikut semua garis panduan yang ditetapkan. 

Baca: “Pusat beli-belah boleh hadkan jumlah pengunjung” – Ismail Sabri

D 3

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.