Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 16 kes baru telah dilaporkan hari ini (19 Ogos 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,235 kes.
Antara 16 kes ini, 12 adalah kes tempatan (warganegara) dan 4 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 185 kes.
Manakala 7 pesakit berada di ICU dan 3 kes memerlukan bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 125 kes.
23 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 8,925 kes.
Baca: [TERKINI] 7 Kes Positif Baharu, 26 Kes Sembuh & Tiada Kematian Baru Dilaporkan