in

Tergamak Tumbuk Nenek Tua Sebab Ini Je?

Page Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau orang yang diragut atau disamun, pastinya wang ringgit atau barang-barang berharga yang diambil. Tapi kali ni lain pulak.


Seorang nenek dilaporkan menjadi mangsa samun dan barang yang diambil bukanlah wang ringgit atau apa-apa yang mahal tetapi sebuah basikal tua je.

Menurut Astro Awani, Yeong Lean Yoong berusia 72 tahun telah diserang oleh dua suspek yang menaiki motosikal ketika dalam perjalanan pulang sambil menyorong basikal pada sekitar jam 5.48 petang selasa lalu.

E2
sumber: astro awani

Difahamkan, mangsa terjatuh di bahagian tepi Jalan Walker, Pokok Assam dan tidak sedarkan diri selepas ditumbuk suspek di bahagian leher. Suspek pula dipercayai membiarkan mangsa serta melarikan diri dari tempat kejadian bersama basikal milik Yeong.

E4
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib, mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping oleh orang awam dan disahkan meninggal kerana mengalami hentakan yang kuat di bahagian kepalanya.

“Mangsa meninggal dunia sekitar jam dua pagi Rabu dan buat masa ini kami masih lagi cuba mengesan dua orang suspek lelaki berkenaan.”

“Hasil daripada bedah siasat di Hospital Taiping, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.”

Kes yang pada asalnya merupakan kes samun basikal bertukar menjadi kes jenayah yang membawa kepada kematian selepas mangsa disahkan meninggal akibat pendarahan dalaman.

E3
sumber: astro awani

Selain itu, difahamkan suspek langsung tidak mengambil sebarang dokumen atau harta benda milik mangsa termasuk beg dan hanya meragut basikal berkenaan sekaligus menimbulkan kemungkinan motif adalah balas dendam.

Namun begitu, beliau tidak menolak kebarangkalian suspek terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan dipercayai meragut basikal mangsa untuk dijual semula.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes ini digesa untuk hubungi balai polis berdekatan.

Aduhai, senang-senangnya ambil hak dan nyawa orang lain.

Baca: “Anak yang bodoh lahir daripada mak bapak yang bodoh!”

E1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.