Mahu Elak Diskriminasi Berdasarkan Rupa, Syarikat Ini Minta Calon Temu Duga Pakai Topeng

Lumrah manusia memang sukakan dengan sesuatu yang cantik. Jadi, tak boleh dinafikan bahawa dalam proses memohon kerja atau sesuatu jawatan, mesti akan ada sesetengah syarikat yang cenderung untuk memilih calon yang lebih kacak dan cantik walaupun calon dengan rupa paras biasa-biasa lebih layak dari segi kelayakan dan tahap pendidikan.
Oleh sebab itu lah, sebuah syarikat di Chengdu, China ini telah mengarahkan calon-calon temuduganya untuk memakai topeng ketika interview kerja kerana mereka mahu mengelakkan daripada terjadinya diskriminasi berdasarkan paras rupa calon.

Menurut Oddity Central, syarikat Chengsu Ant Logistics itu telah dipuji netizen negara China kerana melakukan tindakan itu sebab ia dilihat boleh membantu meningkatkan keyakinan calon.
Syarikat tersebut mengatakan pihak mereka melakukan hal tersebut kerana mahu memberitahu orang di luar sana bahawa mereka menekankan kelayakan setiap individu berbanding paras rupa.
Difahamkan, video yang tular tentang calon-calon temu duga memakai topeng itu dirakam ketika pameran kerjaya yang diadakan untuk merekrut pekerja baharu di sana baru-baru ini.
Menariknya lagi, penemu duga juga turut memakai topeng ketika menemu duga calon-calon tersebut.

Namun, ada juga pihak yang mendakwa bahawa calon-calon itu diarahkan untuk memakai topeng kerana temu duga itu telah disiarkan secara strim langsung, jadi tindakan itu diambil untuk melindungi identiti calon.
Apa-apa pun, rare jugaklah bila time interview kerja kena pakai topeng ni kan sebab tak pernah dibuat orang lagi setakat ni.
Sumber: Oddity Central
Baca: Pemakaian Topeng Muka Buat Kaum Adam Nampak Lebih Menarik Di Mata Wanita, Betul Ke?




