in

“Tercampak sampai macam tu sekali”- [VIDEO] 6 Orang Terpelanting Dari Mainan ‘Crazy Wave’ Di Fun Fair

Featured 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datang ke fun fair ingat nak berseronok bersama keluarga atau kawan-kawan, tapi tak sangka lain pula yang jadi.


Dalam satu kejadian di sebuah fun fair di Thailand beberapa pengunjung dilaporkan mengalami kecederaan selepas tercampak dari permainan Crazy Wave.

Difahamkan kira-kira enam mangsa yang terdiri daripada remaja berusia antara 12 hingga 15 tahun tercampak keluar keluar dari permainan tersebut dengan salah seorang terpelanting keluar sampai kena operator mesin dan seterusnya tercampak ke tanah.

Pada awalnya, permainan yang dinaiki 14 orang itu kelihatan berfungsi dengan baik. Namun secara tiba-tiba besi penghadang terbuka menyebabkan mangsa-mangsa yang terbabit tercampak keluar.

Kakitangan yang mengendalikan mesin permainan itu turut ditimpa mangsa sebelum bergegas berdiri semula menghentikan mesin tersebut.”

Sementara itu, pemilik taman tema berkenaan,Sornchai Jantarachota berkata pengendali permainan tersebut gagal pastikan tali pinggang keselamatan dipasang dengan betul, lapor Awani.

“Ketika itu pekerja yang lebih berpengalaman telah pergi ke tandas dan tempatnya diganti oleh seorang pekerja baharu. Malangnya pekerja baharu tersebut telah memulakan permainan tanpa memeriksa tali pinggang keselamatan yang dipakai kumpulan remaja yang menaiki permainan itu”

1 3
Sumber: youtube
1
Sumber: youtube

Rakaman video tersebut mula tular dalam kalangan warganet Thailand yang menunjukkan beberapa mangsa tercampak dari permainan ketika Crazy Wave mula bergerak laju dan berada kira-kira enam meter dari tanah.

Akibat kejadian itu, Sirirat Potima patah kaki dan dirawat di Hospital King Narai manakala mangsa lain mengalami kecederaan ringan dan sudah dibenarkan pulang.

Kes masih dalam siasatan polis.

 

Allahu scarynyaaa…

Baca : Budak Terjatuh Dari Ferris Wheel Funfair Perak Lepas Pintu Terbuka, Tak Sempat Selamatkan Sebab Brek Berkarat

3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.