Budak Terjatuh Dari Ferris Wheel Funfair Perak Lepas Pintu Terbuka, Tak Sempat Selamatkan Sebab Brek Berkarat

Tambah ke Sumber Pilihan
Budak Terjatuh Dari Ferris Wheel Funfair Perak Lepas Pintu Terbuka, Tak Sempat Selamatkan Sebab Brek Berkarat

Admin kalau pergi funfair, selalu terbayang benda bukan-bukan. Mana taknya, funfair ni dah lah selalu pindah-pindah tempat, lepastu kita tak tahu orang yang pasang tu pasang betul-betul ke tak. Mainan dia pun banyak yang bahaya.

Mimpi ngeri yang selalu kita bayangkan ni akhirnya berlaku apabila seorang budak perempuan berusia 4 tahun terjatuh dari ketinggian bangunan dua tingkat bila dia dibiarkan menaiki ferris wheel keseorangan di sebuah funfair di Hutan Melintang, Perak.


4Yo Msian Girl Falls Two Stories From Ferris Wheel Because Brakes Didnt Work World Of Buzz 4
Sumber: Sin Chew Daily

Menurut WORLD OF BUZZ, budak perempuan yang dikenali sebagai Zou Leying ini masuk ke dalam ferris wheel dan walaupun pintu tak ditutup dengan betul, ride tersebut tetap bergerak. Dorang ni tak check dulu ke?

Dikatakan, semasa compartment budak ini sampai ke puncak, pintu tersebut terbuka, budak malang ini terjatuh dari ketinggian bangunan dua tingkat dan ibu bapa budak ini hanya mampu tengok je dari bawah.

Menurut pakcik budak ini, juga saksi kejadian mengatakan beberapa pengunjung yang lihat kejadian ini cuba untuk menangkap budak tersebut namun gagal. Budak ini mengalami kecederaan patah kaki dan luka di bahagian muka dan lengan.

4Yo Msian Girl Falls Two Stories From Ferris Wheel Because Brakes Didnt Work World Of Buzz 2
Sumber: Sin Chew Daily

Pengurus taman hiburan ini telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan pekerjanya yang bertanggungjawab mengendalikan tunggangan tersebut cuba untuk hentikan ferris wheel itu bila dia nampak budak perempuan tersebut tak ada peneman, tapi tak berjaya kerana alat kawalan dah lama dan berkarat. Kenapa tak jaga? Why???

4Yo Msian Girl Falls Two Stories From Ferris Wheel Because Brakes Didnt Work World Of Buzz 3
Sumber: Sin Chew Daily

Ibu kepada kanak-kanak ini, Chen Qiumei berkata dia dah pun melaporkan insiden ini kepada pihak polis dan pihak polis akan mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan taman hiburan itu kerana gagal menjaga kualiti barangan mereka dan keselamatan pengunjung.

Ibu ini berkata, bila dia nampak anaknya di atas tanah, dia panik.

“Kami terus telefon klinik, saya tak sangka klinik akan cakap dorang tak ada doktor atau ambulans. Kami terpaksa memandu sendiri ke hospital.”

Ada juga yang kata budak ni bukan terjatuh sebab pintu terbuka, tapi sebab lantai compartment tu dah berkarat sangat sampai masa budak ni naik, dia terjatuh dari lantai yang berlubang. Allahu, kalau betul memang dah teruk sangat ni.

Nasib baiklah budak ni hidup lagi. Next time just be careful kalau bawa anak-anak pergi funfair. Kalau boleh, check dulu barang-barang dorang. Kalau dah sampai berkarat macam ni, tak payahlah naik.

Baca: “Sumpah taknak naik lagi” – ‘Ride’ Taman Tema Terputus Dua Sampai Orang Terpelanting Masa Tengah Bergayut

Screenshot 2019 09 25 At 11.35.09 Am

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Budak Terjatuh Dari Ferris Wheel Funfair Perak Lepas Pintu Terbuka, Tak Sempat Selamatkan Sebab Brek Berkarat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/budak-terjatuh-dari-ferris-wheel-funfair-perak-lepas-pintu-terbuka-tak-sempat-selamatkan-sebab-brek-berkarat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM