Temb*k Ke Arah Sempadan Malaysia, Dua Lelaki Thailand Ditahan Di Padang Besar

Tambah ke Sumber Pilihan
Temb*k Ke Arah Sempadan Malaysia, Dua Lelaki Thailand Ditahan Di Padang Besar

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan dua lelaki menembak ke arah kawasan sempadan Malaysia di Padang Besar, Perlis.

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan dua lelaki itu merupakan warganegara Thailand, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, insiden tersebut berlaku pada pukul 10.28 pagi ketika dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sedang menjalankan rondaan menerusi Ops Taring Wawasan Kedah/Perlis.

Artikel berkaitan: 500 Pelajar Dari Thailand Rentas Sg Golok Untuk Ke Sekolah, Ibu Bapa Mohon Kelonggaran Guna Pangkalan Haram

Artikel berkaitan: Seorang Lelaki Ditahan, Bawa 7,000 KG Pakaian Terpakai Dipercayai Diseludup Dari Thailand

Cats 16

Video penuh di sini.

“Ketika kejadian, anggota PGA terbabit segera mencari perlindungan selepas tembakan dilepaskan ke arah mereka.

Tiada kecederaan dilaporkan, dan bantuan segera diterima daripada Pasukan Risik Batalion 1 PGA serta kenderaan perisai,” katanya.

Difahamkan, jarak tembakan dilepaskan dianggarkan sejauh 66 meter dari kawasan sempadan Padang Besar.

Menurut Razarudin, hasil rakaman CCTV menunjukkan dua suspek menaiki skuter bernombor pendaftaran Thailand dipercayai datang dari kawasan kebun getah.

“Mereka berhenti, mengeluarkan pistol, dan melepaskan kira-kira 10 das tembakan sebelum beredar,” katanya lagi.

Soal siasat mendapati suspek lelaki berusia 21 dan 28 tahun itu mengaku meminjam pistol semi auto daripada seorang rakan mereka.

Sumber: Kosmo!

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Temb*k Ke Arah Sempadan Malaysia, Dua Lelaki Thailand Ditahan Di Padang Besar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tembk-ke-arah-sempadan-malaysia-dua-lelaki-thailand-ditahan-di-padang-besar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM