in

Seorang Lelaki Ditahan, Bawa 7,000 KG Pakaian Terpakai Dipercayai Diseludup Dari Thailand

Pakaian Terpakai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang memandu sebuah lori telah ditahan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam semasa melalui sekat pintas di Pos Nibong, Tumpat, Kelantan gara-gara membawa 7,000 kilogram pakaian terpakai atau baju bundle.

Pakaian terpakai yang dibawa oleh lelaki itu dengan lori tersebut dipercayai diseludup dari Thailand.


Memetik laporan Sinar Harian, pihak berkuasa telah mendapati bahawa lori itu telah dipandu oleh lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

8

Artikel berkaitan: Lelaki Positif Dadah Tayang Pistol Di Kuala Terengganu Ditahan Polis, Dakwa Jumpa Dalam Tong Sampah

Artikel Berkaitan: Individu Bangga Buat ‘Live’ TikTok Tayang Plastik Dad*h, Netizen Gesa Polis Tangkap Pelaku

Pakaian bundle tersebut dalam jumlah yang sangat banyak itu dipercayai diseludup dari Thailand untuk dijual ke pasaran tempatan.

Menerusi pemeriksaan pihak berkuasa, barangan yang dibawa dengan lori itu juga didapati tidak mempunyai dokumen sah.

9 3

Hasil kesemua rampasan baju bundle itu termasuk kenderaan yang dipandu oleh lelaki itu dianggarkan bernilai RM350,000.

Kesemua pakaian itu kemudiannya dirampas dan barang-barang rampasan beserta suspek diserahkan kepada Kompeni Taktikal Pengkalan Kubor untuk tindakan seterusnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.