“Tegur sudah lah” – Penunggang Basikal Ditendang Gara-gara Halang Laluan Jalan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tegur sudah lah” – Penunggang Basikal Ditendang Gara-gara Halang Laluan Jalan

Tak dinafikan, sikap sesetengah pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri boleh membuatkan kita marah, namun cara terbaik adalah dengan menegur mereka tanpa perlu menyerang secara fizikal.

Satu video dashcam yang tular di X semalam, memaparkan satu insiden kemalangan yang berlaku di sebuah jalan kecil. Pun begitu, tidak dipastikan kejadian itu berlaku di mana.


Penunggang basikal halang laluan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @update11111, dilihat seorang lelaki sedang menunggang basikal di bahagian luar garisan putih.

Artikel berkaitan: “Diorang ingat motor ke?” – 2 Pelancong Asing Bawa Skuter Elektrik Di Tengah Jalan Raya KL 

Artikel berkaitan: “Telefon berdering tertera ‘My Lovely Wife'” – Saksi Kemalangan Menangis Sampaikan Berita Kemalangan Maut

Mungkin bagi penunggang basikal itu dia tidak menghalang laluan namun, kenderaan lain di belakangnya terpaksa mengekori dan tidak boleh memotong kerana jalan yang sempit serta laluan bertentangan juga penuh dengan kenderaan lain.

Basikal 4
Sumber: X

Tiba-tiba, seorang penunggang motosikal yang menyelit dari tepi jalan terus menghampiri penunggang basikal itu lalu menendangnya sehingga jatuh tersembam di tepi jalan. Tanpa belas kasihan, pelaku tersebut memecut motosikalnya dan beredar dari jalan itu.

“Tegur sudah lah”

Meninjau ke ruangan balas di X, rata-rata netizen marah dengan perbuatan penunggang motosikal yang mencederakan penunggang basikal. Bagi mereka, dia hanya perlu menegur dan tindakan menendang itu tidak patut dilakukan walaupun sedang marah.

Basikal 1 Basikal 2

Bagaimanapun, ada beberapa netizen lain yang tidak menafikan sikap sesetengah penunggang basikal yang mementingkan diri sendiri sehingga membahayakan nyawa.

Basikal 3

Salah juga basikal tu tapi… yang si motor tegur sudahlah..

Sumber: X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tegur sudah lah” – Penunggang Basikal Ditendang Gara-gara Halang Laluan Jalan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tegur-sudah-lah-penunggang-basikal-ditendang-gara-gara-halang-laluan-jalan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM