Tegur Bahaya Makan Sardin Tin, Dr Rafidah Sekali Lagi Dikecam

Jadikan sumber pilihan di Google
Tegur Bahaya Makan Sardin Tin, Dr Rafidah Sekali Lagi Dikecam

Terdahulu, nama Dr Rafidah telah menjadi sebutan netizen di media sosial gara-gara tegurannya terhadap influencer masakan terkenal, Khairul Aming dengan mengatakan masakan influencer tersebut tidak sihat kerana banyak minyak.

Teguran itu walau bagaimanapun telah diterima secara positif oleh Khairul Aming dan isu tersebut dianggap telah selesai.


Tegur pasal bahaya makan sardin dalam tin pula 

Namun terbaru hari ini, doktor berkenaan telah menerangkan pula mengenai bahaya memakan sardin di dalam tin selepas katanya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara tersebut di Twitter.

Dr Rafidah menjelaskan bahawa dia tidak memakan sardin dalam tin dan menggoreng makanan tersebut kerana sardin berkenaan mempunyai banyak preservatif dan garam.

Namun tweet doktor berkenaan nampaknya telah disalah anggap netizen sebagai sindiran kepada Khairul Aming yang baru sahaja berkongsi resepi Roti Puri Cicah Sardin Tumis semalam.

Antara bahan utama dalam resepi tersebut ialah sardin dalam tin yang telah digorengkan yang akan dimakan bersama roti puri yang garing. Uish sedappp pula min tengok! 

“Saya tidak menegur sesiapa” – Dr Rafidah 

Sedar postingnya menjadi perhatian ramai, Dr Rafidah di bahagian thread tweet tersebut menjelaskan bahawa dia tidak menegur sesiapa berkenaan hal tersebut.

Malah dia hanya menjawab persoalan yang telah diajukan kepadanya berkenaan sardin di dalam tin.

Bit 1Sumber: Twitter

Selain itu, Dr Rafidah juga ada menjelaskan bahawa sebenarnya ada sardin tin yang mempunyai kualiti yang elok seperti apa yang dibelinya semasa di United Kingdom (UK).

Yang paling penting, pembeli haruslah meneliti terlebih dahulu isi kandungan sardin tersebut sebelum membelinya.

Bit 2Sumber: Twitter

Bagi admin baguslah juga dia menegur tentang hal itu. Tak ramai yang mengamalkan untuk tengok ingredients makanan terlebih dahulu sebelum membeli. 

Baca: Doktor ‘Complain’ Kongsi Resepi Tak Sihat, Khairul Aming Tampil Bagi Respon

Kerol

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tegur Bahaya Makan Sardin Tin, Dr Rafidah Sekali Lagi Dikecam
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tegur-bahaya-makan-sardin-tin-dr-rafidah-sekali-lagi-dikecam/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen