Siapa tak kenal dengan pelakon berdarah Malaysia yang kini meningkat namanya di Hollywood, Henry Golding. Bintang Crazy Rich Asians itu semalam memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya menyentuh isu kesihatan mental tatkala negara kita berdepan pandemik Covid-19.
Dalam video berdurasi 4 minit 40 saat itu, Golding memberikan mesej kepada rakyat Malaysia mengenai kesihatan mental termasuklah isu bunuh diri yang semakin serius dalam masyarakat ketika ini.
Hubungi rakan, tanya khabar, bagitahu anda sayang” – Henry Golding
Menerusi mesej itu, Golding juga menambah, pendekatan ambil berat seperti itu sebenarnya dapat memberi perubahan besar terhadap kesihtan mental dan emosi seseorang.
Tambah Golding lagi, tempoh pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara membuatkan masyarakat dihimpit dengan pelbagai cabaran yang tidak disangka dan dalam diam masing-masing berusaha untuk bertarung demi meneruskan kelangsungan hidup.
Kita sebagai rakan dan ahli keluarga seharusnya mendapatkan mereka untuk memberikan semangat supaya tidak berputus asa. Golding turut merasakan bunuh diri itu sudah menjadi aspek sebenar dalam kehidupan kerana ada yang kehilangan kerja dan tidak berjumpa dengan rakan atau yang tersayang dalam jangka masa yang lama.
Hal ini merisaukan semua pihak dan Golding sendiri kerana ketika ini amat sukar untuk kita semua bertemu dengan sesiapa sahaja dan pemikiran itu boleh berubah kepada sesuatu yang gelap.
Korang boleh tengok video pesanan itu yang dimuatnaik di akaun Instagram @henrygolding di bawah