in

Nak Kulit Glowing? Nak Badan Sihat? Ini 6 Kebaikan Minum Air Lemon!

Page Lemon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu-waktu sekarang ni, ramai yang manfaatkan air lemon untuk tujuan kesihatan dan juga kecantikan walaupun mempunyai rasa yang sangat masam. Demi mendapatkan berat yang ideal dan juga kulit yang sihat, ramai yang mula minum sebelum mengambil sarapan.


Rupa-rupanya, amalan minum air lemon ini dapat memberi pelbagai kebaikan dan khasiat kepada diri sendiri. Walaupun sampai ke hari ni masih lagi tak ada kajian khusus tentang khasiatnya, tetapi dah ada banyak bukti yang mengatakan lemon banyak memberikan manfaat kepada orang ramai.

Haa, korang mesti macam tak percaya kan? Kalau tak, jom kita tengok satu-satu!

1. Lemon merupakan vitamin C yang baik

Lemon merupakan salah satu buah-buahan yang mempunyai kandungan vitamin C yang banyak. Bukan itu sahaja, lemon juga mengandungi pelbagai serat khasiat seperti vitamin A, kalsium, beta-carotene, folate dan juga potasium. Dengan kandungan serat seperti yang ditulis, pengamalan air lemon dapat mengelakkan diri dari menghidap penyakit yang merbahaya.

Lemon 6

2. Bantu dapatkan kulit yang cantik

Pernah dengar kan orang cakap kalau nak kulit cantik, banyakkan ambil vitamin C? Bila dah dapat vitamin C dan serat-serat yang berkhasiat tadi, badan kita akan menerima kolagen yang membantu menyerikan kulit. Perkara ini kerana kolagen boleh melambat tempoh penuaan di wajah seperti mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit. Haa, tak payah susah-susah buat skin care routine!

Lemon 3

3. Badan akan kekal terhidrasi

Seperti yang kita ketahui, minum air yang mencukupi akan membuatkan diri kita sentiasa berhidrasi dan kekal bertenaga. Oleh itu, bagi orang yang baru berjinak-jinak untuk mengamalkan pengambilan air lemon, digalakkan untuk minum air lemon suam setiap kali bangun pagi. Ini akan membantu untuk badan rasa lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.

Lemon 4

4. Boleh kurangkan berat badan

Air lemon sangatlah sesuai untuk orang yang tengah diet sebab mempunyai kandungan kalori yang rendah iaitu sebanyak lapan kalori! Pengambilan air lemon dapat mengurangkan rasa keinginan untuk mengambil air yang manis. Perut juga akan cepat merasa kenyang walaupun hanya dengan minum air lemon.

1523451Shutterstock 189668294780X390 1

 

5. Lemon dapat melancarkan pencernaan

Air lemon juga mempunyai kadar asidik yang boleh melancarkan sistem pencernaan. Kebiasaannya, orang yang lebih berusia akan mengalami kesukaran untuk mencernakan makanan. Dengan air lemon, sistem untuk melawas makanan akan menjadi lebih mudah. Wah, jarang-jarang dah la untuk perut rasa tak selesa.

Menyegarkan Ini Dia Manfaat Jus Lemon Bagi Kehamilan7 A3D76303625Db98980758780F13A3787

6. Kurangkan risiko batu karang

Sekiranya orang yang pernah menghidap penyakit batu karang, berisiko tinggi untuk berulang, amatlah digalakkan untuk minum air lemon. Minum air lemon dapat membersihkan buah pinggang dan elakkan diri dari berlakunya dehidrasi.

Air Lemon

Walaupun begitu, janganlah hanya gunakan sepotong lemon kerana itu merupakan cara yang salah. Air suam juga diperlukan untuk seimbangkan rasa masam lemon itu.

Haa, berguna betul minum air lemon ni. Min pun baru tahu yang kita boleh gunakan kulit lemon sebagai parutan untuk jadikan salah satu bahan dalam kek. Nak cuba lah nanti!

Baca: “Ini bekalan setahun ke?” – Ramai Gelak Sakan Tengok Cara Lelaki Ini Simpan Air

Warga Selangor Tadah Air Ft Image

Sumber: Impiana
Sumber: Parapuan
Sumber: Parapuan
Sumber: Popmama
Sumber: watyutink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.