in

Wanita Terpaksa Kunci Laci & Peti Sejuk, Nak Elak Anak Bulus 10kg Curi Makanan

Keith The Cat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita terpaksa mengambil langkah ekstrem dengan mengunci laci dan peti sejuk rumahnya demi mengelakkan kucing peliharaannya mencuri makanan.


5C9A25B8546B7Caeb7976C58347022A0 E1631933012610

Lapor Metro UK, semasa kali pertama Sara Matthews, 47, membawa pulang Keith, si kucing untuk dijadikan hadiah hari jadi buat anak perempuannya, wanita berkenaan sedar bahawa Keith mempunyai beberapa masalah kesihatan termasuklah mengalami berat badan berlebihan.

Pelbagai cara telah dilakukan Matthews untuk membantu Keith mengurangkan berat badannya, termasuklah melakukan diet dan lawatan kerap ke klinik haiwan. Walau bagaimanapun, kucing putih bertompok hitam itu menambah berat badannya daripada 4.9 kilogram kepada 10.8 kilogram hanya dalam masa tujuh tahun.

Cabinet Slide Lock Safety 1St 006506 1200X1200 1 E1631933119817
Gambar hiasan

Jelas Matthews, hanya beberapa bulan selepas dia membawa kucing terbabit pulang ke rumah, Matthews yang bekerja sebagai pembantu peribadi terpaksa meletakkan childproof locks pada peti sejuk dan beberapa laci di kediamannya untuk mengelakkan Keith si kucing memanjat dan mencuri makanan.

Tambah Matthews yang berasal dari Bristol, dia pada mulanya risau Keith akan terperangkap di dalam laci kerana dia sering curi-curi masuk.

“Semakin lama, hampir kesemua laci di dalam rumah yang menyimpan makanan perlu dikunci. Tak kisahlah jika pemegang laci berbentuk bulat ata sebagainya, Keith pasti akan mencari jalan untuk masuk ke dalam dan mencuri makanan,” katanya.

Eqf3Vcwwmaa2Fsq E1631933150646

Terang Matthews lagi, sebelum ini dia pernah meletakkan satu beg pasir kucing di hadapan laci untuk mengelakkan Keith ‘memecah masuk’ ke dalam laci. Pun begitu, ia ternyata gagal kerana anak bulusnya itu mampu menggerakkan beg pasir berkenaan dan berjaya mencuri makanan.

“Kalau dulu kami hanya menyimpan makanan Keith dalam plastik tapi kini kami perlu menyimpannya di dalam bekas berpenutup. Sebelum ini, kami pernah cuba puzzle feeder untuk mengelakkan Keith makan berlebihan, tapi dia hanya terbalikkan alat itu,” katanya lagi. 

Selalu curi keluar dari sangkar dan makan makanan kucing lain

Epspylow8Acplrb E1631933221352

Difahamkan, Matthews pertama kali berjumpa Keith ketika dia dibawa ke pusat perlindungan haiwan di mana Matthews selalu melakukan kerja-kerja sukarelawan. Kata wanita itu, Keith pada mulanya undernourished dan mempunyai masalah penghadaman.

Pun begitu, ia tak menghalang kucing terbabit untuk mencuri keluar dari sangkarnya dan makan makanan yang disediakan untuk kucing-kucing lain di pusat perlindungan haiwan terbabit.

“Pada awalnya, Keith memang akan makan segalanya walaupun benda-benda pelik. Kami pernah paksa Keith diet tapi dia berjaya tambah berat badan selepas curi makanan daripada tong sampah jiran.”

Eqf3Vbbxyaiawzx E1631933363863

Disebabkan berat badan Keith, Matthews memberitahu anak bulusnya itu berdepan pelbagai komplikasi termasuklah kemungkinan tak akan bangun jika diberikan bius.

“Keith memang kucing yang sangat pandai. Saya ada beli microchip feeders untuk kucing-kucing saya yang lain dimana ia hanya boleh digunakan oleh kucing yang memakai tag tersendiri, walaupun begitu, Keith berjaya mengatasi sistem itu.

“Bila saya telefon syarikat pengeluar microchip feeders tu, mereka pun terkejut dan tak pernah dengar ada haiwan yang mampu mengatasi sistem mereka.”

Meskipun mempunyai masalah berat badan, Matthews berkata Keith tetap hidup seperti mana-mana kucing normal lain dan sering bermain bersama anak perempuan Matthews dan dua kucing peliharaan mereka yang lain.

Sumber: Metro UK

Baca: Choupette: Kucing Terkaya Di Dunia, Warisi Harta RM1 Bilion & Ada Pengawal Peribadi

Cats 16 E1631932834234

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.