in

Takut Kantoi Berkhalwat, Penjawat Awam Berstatus Suami Orang Sanggup Menyorok Dalam Siling

Siling Rumah Sorok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam hal…



Seorang lelaki dilaporkan sanggup menyorok dalam siling rumah teres dekat taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar awal pagi tadi bagi mengelakkan diri daripada ditangkap berkhalwat. 

Macam manapun, tindakan lelaki berusia 55 tahun ini gagal apabila dia berjaya dikesan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang melakukan pemeriksaan pada jam 1.10 pagi, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang JAIK, Radzi Abdul Mutalib, lelaki yang juga berstatus suami orang itu juga dikatakan tidak memberi kerjasama ketika diminta membuka pintu.

Susulan itu, penguat kuasa JAIK meminta bantuan anggota polis peronda untuk melakukan pemeriksaan dan arahkan pintu rumah dibuka.

Siling

“Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berusia 33 tahun berada di tingkat atas rumah berkenaan dan seorang lelaki bersembunyi di bahagian siling rumah.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan hubungan mahram atau suami isteri,” katanya hari ini.

Lebih mengejutkan, pasangan terbabit juga didapati bekerja sebagai penjawat awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014.

Jika sabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Haih sempat ye masa covid ni ‘buat projek’. Macam-macam! 

Baca: “Aik kenapa cerita masalah rumahtangga sampai pergi rumah” – Isteri Orang Ditangkap Berkhalwat Dengan Duda

Rumah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.